Satu langkah permulaan untuk projek kedua, aku akan membuat lawatan ke tapak cadangan seperti yang dicadangkan seorang kawan Di Ulu Tiram pada 2/1/2009.
Aku berterima kasih pada Roslan kerana dialah projek ini berjaya dilaksanakan.
Di situ sudah memang sedia ada 4 buah kolam simen untuk pembiakan benih ikan keli. Besar juga saiz kolamnya. Juga terdapat penanaman serai. Kawasan yang strategik dimana kedudukannya di lembah yang terdapat anak sungai yang mengalir di tengahnya. Ada banyak lagi kawasan yang masih belum diusahakan.
15/1/2009
Temu janji dengan tuan punya tanah dan projek sedia ada dibuat di Batu Pahat, Johor. Aku dan rakan kongsi pergi bertemu dengannya. Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar dan kata putus telah dipersetujui.
16/1/2009
Aku melawat tapak projek untuk kerja-kerja mengukur kawasan untuk dibina kolam ternak keli.
Perancangan awal fasa pertama untuk projek ini, sebanyak 4 buah kolam simen akan didirikan yang akan memuatkan sebanyak 25000 ekor keli untuk setiap kolam.
Perancangan teliti mengenai segala-galanya telah diambil kira semasa membuat draf perancangan projek.
17/1/2009
Kerja-kerja penghantaran bahan-bahan binaan untuk kolam dibuat dan bermulalah projek ini. Tak ada upacara pecah tanah...hehehehh...Dah siap plotkan saiz kolam di atas tanah dan memberi keterangan kepada pekerja-pekerja
21/1/2009
65% progress kerja pembinaan kolam telah siap. Bahan makanan telah pun aku beli dari pembekal di Permas Jaya. Cuma untuk permulaan, proses penghantaran bahan bekalan makanan terpaksa aku lakukan sendiri kerana beli dengan jumlah yang agak kecil. Langkah berikutnya aku akan beli dengan bekalan yang lebih untuk persediaan stok makanan. Anggaran pembelian mungkin melebihi 1 tan jika mengikut saiz projek yang telah dirancangkan. Pihak pembekal bersetuju menghantar ke tapak projek jika pembelian melebihi 1 tan.
27/1/2009
Hari ini, 31000 ekor anak ikan keli saiz 3" dimasukkan ke dalam kolam. Kini kedua-dua kaki dah masuk dalam dunia penternakan keli ni...walaupun dalam jumlah yg kecil utk permulaan ni...aku dah ada plan untuk expand next 2 month..
27/2/2009
Foto di bawah ni latest visit aku ke tapak projek. Tumbesaran ikan tak sekata..perlu proses grading...dipisahkan yang bersaiz besar dgn saiz kecil.
Penyediaan bekalan anak benih ikan keli terlalu perlahan untuk menampung keperluan target. Diperlukan lebih banyak dan aku perlukan setiap minggu selama 12 minggu berturut-turut untuk mencapai target plan aku.
23/3/2009
Aku call buyer dari Johor pagi tadi...dapat la berbual mengenai plan target projek aku dan pembekalan produk kepadanya. Alhamdulillah...dapat kerjasama yang baik darinya. Dalam waktu yang singkat, aku dap
at juga peluang lain yang bersangkutan dengan projek aku. Dan ianya memang sungguh baik dan ada prospek yang bagus. Syukur... Ya Tuhan...pimpinlah aku, berikanlah aku kekuatan, teguhkan pendirian aku, peliharalah aku dgn sifat sabar dan tawakal kepada Mu...
Aku harus atur next strategi and plan untuk mulakan projek ini lebih berdaya maju. Insyaallah, hari Khamis ini akan masuk benih ikan sebanyak 50000 ekor. Dan mungkin minggu depannya akan masuk lagi 50000 lagi benih ikan keli. Aku harus buat begini...wajib pasti buat begini...untuk capai target. Alang-alang dah buat projek ini...teruskan secara serius.
25/3/2009
Hari ini, 50 ribu ekor benih ikan sampai ke tapak projek. Jumlah keseluruhan ikan keli yg ada sebanyak 81000 ekor. Roslan dan pekerja-pekerja harus kerja keras lebih sedikit sebab jumlahnya bertambah dan akan bertambah lagi...
Dan rasanya kolam yang sedia ada tak mencukupi untuktampung jumlah ikan yang akan bertambah. Ikut perancangan ada lagi 8 kolam baru yang harus dibina untuk tampung keperluan jumlah ikan.
30/3/2009
Huhu....15 ribu ekor lagi benih ikan keli masuk ke kolam aku....ikan bertambah...makanan makin kurang ni...alamakkk...kena beli laaa.....
31/3/2009
Kerja-kerja pengasingan ikan dilakukan pd hari ini...80kg ikan yang cukup berat sekitar 200gram...umur 8 minggu. 80kg ikan tu dijual kepada peniaga pasar...Itu hasil pertama..takpe walau sedikit tp ia tetap dinamakan kejayaan jugak...
Foto di sebelah ni tempat dimana 8 kolam baru akan dibina dalam waktu terdekat ini.
Aku akan pulang ke Malaysia pada 8/4/2009 untuk urusan pembaharuan passport. 9/4/2009 dan 10/4/2009 juga adalah hari cuti di Indonesia. So...ambil peluang emas ni untuk pulang ke Malaysia.
Pada 10/4/2009 aku akan ke tapak projek dan Johor Bahru untuk urusan tandatangan kontrak kerjasama dengan buyer ikan keli. Dan juga untuk pendaftaran syarikat di Jabatan Perikanan. Satu perkembangan yang bagus kepada RF AGROFARM.
apa kesudahan projek ni, semoga berjaya.
ReplyDeleteSalam... apakah projek ini masih berterusan?
ReplyDelete